Followers


Tuesday, March 15, 2011

Rindu....

Assalamualaikum...
Hehehe hari ini kerajinan untuk mengapdate blog datang lagi.. Seperti tajuk posting diatas,pasti korang dah mula ngagak2 kan.. Ninie mesti ngah rindu pada seseorang nie kan??
Pleaseeee.......
Jangan la tanya nie rindu pada sape.. Nanti t'emo nanti macam mana??? Huwaaa.....(kan dah emo)
Korang!!!! Semalam nie kena tido soang-soang kot setelah hampir 10 bulan tido berteman.. For the first time lah My Baby kena gi outstation pas khawin.. Punya la xnak kasi pi..Hihi.. Namun sebab untuk negara tecinta nye pasal..Lepas la gak..   
( SEBENARNYA XBOLEH TERIMA MR BABY GI TAK BAWA NINI ) :P

Yang pasti setiap manusia mempunyai rasa rindu.. Rindu pada parents,kawan-,kawan,pakwe,makwekucing,kereta(kena hantar bengkel punya kes) dan macam-macam lagi lah. Tapi ape sebenarnya maksud  perkataan "RINDU"nie?? Korang tahu ke??

Pada Ninie Rindu merupakan perasaan yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya. Rindunye pada Ummi sebab ninie cintakan ummi... Rindunye pada Jerry(kucing I) sebab ninie cintakan Jerry... 
+++Rindunye pada Mr Baby sebab Ninie cinta sangat Mr Baby...

Itu definisi rindu pada Ninie. Korang ada maksud lain?? Jom kita kongsi2 maksud "RINDU" nie.. Mungkin ada jugak yang setuju kalau "RINDU" ni adalah sejenis penyakit jiwa?? Kalau betul penyakit mesti ada ubatnya kan... :)

"Seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya." 
Daripada  Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an

Monday, March 14, 2011

284 hari....6816 jam... 408960 minit... 
with love...
 "The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart."
--Helen Keller

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa wanita perlu double-triple check pad yang mereka pakai???

Assalamualaikum semua.. Update pun..hehehe.. Hari nie Cp nak kongsikan satu al- Kisah dengan korang semua.. Cp xtahu lah kisah nie cerita lama ke,dah lapuk ker.. Tapi ia benar-benar berguna dan dapat memberi kita,kaum2 hawa iktibar dan rasa hati-hati setiap kali datang bulan atau ingin menggunakan pad/tuala wanita..
Jangan malu-malu tuk share dengan kawan-kawan kita yang lain okey...

Alololo comel kan..kan..kan???

Al-Kisahnya....

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang dah  expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita tersebut untuk dipakai oleh anak2 dan isterinya..Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran pada keluarga tersebut...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....Selepas beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm simtom2 wanita mengandung...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apekah penyakit anaknya itu, dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....
maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia
tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS sedang dikandungkan oleh kanak2 terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..
doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana mendapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman kanak2 tersebut... selepas pembedahan pelajar terbabit telah disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...
Berdasarkan sumber Ini adalah sebahagian dari anak2 tikus yang dikeluarkan dari rahim kanak2 malang tersebut. 


Kesian kan... Mangsa kemiskinan.. Tapi ingat Bukan orang miskin tak berduit je boleh jadi macam nie.. Kita-kita yang diluar sana tue pun kalau xhati-hati mungkin macam-macam lagi boleh jadi..

Jadi pilih pad berkualiti,check expired date,check keadaan dan kebersihan pad sebelum pakai..Dan letakkan pad ditempat kering dan bersih.. Jauh dari haiwan2 perosak.. Nak ke kalau mengandungkan anak lipas pulak lepas nie??

BACA,INGAT dan jadikan IKTIBAR... Sampai update lagi yer... T.C

Sunday, October 31, 2010

Bikisan... Hadiah Istimewa...

 "Mama...Bie dah balik.. Buka pintu nie..."
"Ye2 bie.. Kejap.."
Belari -lari anak si isteri ke pintu,menyambut kepulangan si suami yang baru pulang dari seharian bekerja di pejabat..
"Bie nak minum? Mama ambilkan yer.Kejap tau.." 
Baju kotor si suami disambut lalu begegas pula ke dapur. Sesudah itu kembali semula mendapatkan si suami.. Duduk ditepinya.. Merenung muka penat si suami..
"Banyak kerja hari nie bie..? Penat yer..?" 
sambil bertanya jari jemari si isteri mula bekerja mengurut,memicit-micit bahu si suami yang kepenatan.. 
Banyaknya tugasan harian apabila berubahnya status seorang wanita menjadi isteri.. Celik sahaja mata.. Baju nak dibasuh,ikan dan ayam nak di siang,masak,menjemur,mengemas,menyapu... Banyakkan??? Tapi beruntungnya isteri,apabila setiap kerja yang dilakukannya itu dilakukan dengan ikhlas,dilakukan untuk kegembiraan hati suaminya... Allah S.W.T telah  menjanjikan pahala pada isteri-isteri yang ikhlas dalam perbuatannya untuk suaminya..
"Sedapnya air mama buat nie.. Bie suka.."ucap si suami dengan senyuman..( Malaikat mula mencatit pahala)
" Ermm banyak.. tapi bila balik tengok senyum mama..Hilang penat bie.." balas si suami lalu si isteri ditarik ke pelukkan.. tersenyum bahagia si isteri.. maka pastinya si suami juga bahagiakan... 
Buat si suami yang tahu menghargai.. Tidak perlu pun ucapan "terima kasih" tapi dari perlakuan pun boleh membuatkan si isteri terasa dirinya dihargai..
”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith)
Jadi pada si isteri2,bakal isteri2,dan pada diri sendiri juga.. Tetapkan salah satu impianmu untuk menjadi isteri terbaik dan solehah pada pasangan kita..
Dari kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a.

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. 
Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh 
junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah HADIAH ISTIMEWA dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Friday, October 29, 2010

Ingatlah Orang-Orang Tersayang...

Assalamualaikum... Sihat??
Alhamdulillah...

Bangun pagi-pagi sediakan breakfast tuk Mr. Hubby... Selalunya Mr. Hubby xde breakfast2 nie..Tapi disebabkan semput asma dah datang dan kena makan ubat..Kena la ambil breakfast.. Semoga Mr.Hubby cepat sembuh yer..

Sediy pagi nie.. Tengok berita pagi semua tentang kemalangan jalan raya.. Bus terbalik,kereta dirempuh,motosikal bergeser... Semuanya berakhir dengan berita kematian...
Bayangkan sebelum kita bertolak dari destinasi, kita call family.. Bagi tahu meka,kita dalam perjalanan.. Family yang dah rindu,lama tak jumpa excited tertunggu-tunggu dan  tiba-tiba kegembiraan itu diragut dengan satu panggilan telefon mengatakan kita kemalangan.. Luluh jiwa.. Hilang rasa nak bernafas.. Rasa dah xnak dengar bait-bait kata seterusnya...Macam mana??
Allah s.w.t yang  menentukan segalanya.. Sesungguhnya nyawa kita didunia ini hanya pinjaman seketika..
Tapi xteringin kah kita pergi sewaktu kita dalam ribaan orang yang kita sayang..

Kawan-kawan,teman-teman,kesayangan-kesayanganku... Sentiasa lah berwaspada,jaga diri,elert dengan persekitaran ketika di jalan raya.. Sediynye hati... Xsanggup nak menerima kehilangan..

"Ya Allah,Kau lah Tuhan yang maha besar..Tuhan yang maha mengetahui lagi maha mendengar.. Kau lindungilah diriku,Kau lindungi lah suamiku,Kau lindungilah keluarga dan sahaba2tku.. Jauhkan lah kami,keluarga kami dari musibah ini Ya Allah..Jangan lah Kau ambil nyawaku ketika aku kesorangan Ya Allah. Janganlah Kau menguji kami dengan ujian yang tak mampu dipikul oleh kami Ya Allah. Sesungguhnya hanya padamu tempat hamba2mu memohon...Ya Allah"

Pada muslimin dan muslimat..Pada saudara-saudara kita yang telah pergi mari sama2 kita hadiah kan pada mereka AL-FATIHAH


Untuk dikongsi bersama... 
Doa Menaiki kenderaan..
Doa Dijauhkan dari musibah:

Nabi saw menganjurkan agar doa tersebut dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang. Barangsiapa mengamalkannya, Nabi saw menjanjikan bahawa orang itu tidak akan terkena musibah yang datang secara tiba-tiba.


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ
فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksud :Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu yang ada di bumi atau yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
 
Pada semua,apa yang dapat kita kongsikan bersama diharapkan ia dapat memberi manfaat pada diri kita.. Sesungguhnya yang buruk itu adalah dari diri kita.. Dan yang baik itu dari Tuhan yang satu Allah. S.W.T...

Take care...

Wednesday, October 27, 2010

Hari nie dah berapa hari???

 Assalamualaikum semua..

Ehemmm untuk menjawab soalan diatas.. Jawapannya ialah 4Bulan 3minggu dan 2 hari..

Haaa pada hari ini la baru  Cp dapat Nkad... Korang xkawen lagi..Tahu ke ape tu N'kad??
Meh CP gi tahu yer.. N'kad nie ialah Kad nikah.. Tengok dah bape lama Cp nikah.. Baru hari nie dapat kad nikah. Kalau tidak nak jalan memana dengan Mr. Hubby kena la usung surat nikah..bukan main payah lagi..hehehe ngada je.. Orang dulu-dulu elok je kan..xda merungut pun..hehe
Kad mini camnie kan comel..kiut miut..lagi senang dibawa..Ilike... Neway.. Thank you so much yer pada Jabatan agama islam negeri perak dimana mereka lah yang kuarkan N'kad nie tuk Cp dan Hubby.. Kat negeri lain panggil kad nikah nie ape yer?? N'kad jugak ke?? Ada dengar la kan..Setiap negeri beza2..hurmm

Pada sesiapa yang teringain kad macam nie.. Cp xdapat la nak nolong dapatkan.. Kecuali korang gi nikah dulu yer.. Tamau tipu-tipu hal halal haram nie.. No good!!!!

Ini la kadnye pada yang xpenah tengok kan.. Ada cip yang dah ada data pemilik :)

Tuesday, October 26, 2010