Followers

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa wanita perlu double-triple check pad yang mereka pakai???

Assalamualaikum semua.. Update pun..hehehe.. Hari nie Cp nak kongsikan satu al- Kisah dengan korang semua.. Cp xtahu lah kisah nie cerita lama ke,dah lapuk ker.. Tapi ia benar-benar berguna dan dapat memberi kita,kaum2 hawa iktibar dan rasa hati-hati setiap kali datang bulan atau ingin menggunakan pad/tuala wanita..
Jangan malu-malu tuk share dengan kawan-kawan kita yang lain okey...

Alololo comel kan..kan..kan???

Al-Kisahnya....

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang dah  expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita tersebut untuk dipakai oleh anak2 dan isterinya..Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran pada keluarga tersebut...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....Selepas beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm simtom2 wanita mengandung...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apekah penyakit anaknya itu, dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....
maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia
tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS sedang dikandungkan oleh kanak2 terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..
doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana mendapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman kanak2 tersebut... selepas pembedahan pelajar terbabit telah disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...
Berdasarkan sumber Ini adalah sebahagian dari anak2 tikus yang dikeluarkan dari rahim kanak2 malang tersebut. 


Kesian kan... Mangsa kemiskinan.. Tapi ingat Bukan orang miskin tak berduit je boleh jadi macam nie.. Kita-kita yang diluar sana tue pun kalau xhati-hati mungkin macam-macam lagi boleh jadi..

Jadi pilih pad berkualiti,check expired date,check keadaan dan kebersihan pad sebelum pakai..Dan letakkan pad ditempat kering dan bersih.. Jauh dari haiwan2 perosak.. Nak ke kalau mengandungkan anak lipas pulak lepas nie??

BACA,INGAT dan jadikan IKTIBAR... Sampai update lagi yer... T.C

Sunday, October 31, 2010

Bikisan... Hadiah Istimewa...

 "Mama...Bie dah balik.. Buka pintu nie..."
"Ye2 bie.. Kejap.."
Belari -lari anak si isteri ke pintu,menyambut kepulangan si suami yang baru pulang dari seharian bekerja di pejabat..
"Bie nak minum? Mama ambilkan yer.Kejap tau.." 
Baju kotor si suami disambut lalu begegas pula ke dapur. Sesudah itu kembali semula mendapatkan si suami.. Duduk ditepinya.. Merenung muka penat si suami..
"Banyak kerja hari nie bie..? Penat yer..?" 
sambil bertanya jari jemari si isteri mula bekerja mengurut,memicit-micit bahu si suami yang kepenatan.. 
Banyaknya tugasan harian apabila berubahnya status seorang wanita menjadi isteri.. Celik sahaja mata.. Baju nak dibasuh,ikan dan ayam nak di siang,masak,menjemur,mengemas,menyapu... Banyakkan??? Tapi beruntungnya isteri,apabila setiap kerja yang dilakukannya itu dilakukan dengan ikhlas,dilakukan untuk kegembiraan hati suaminya... Allah S.W.T telah  menjanjikan pahala pada isteri-isteri yang ikhlas dalam perbuatannya untuk suaminya..
"Sedapnya air mama buat nie.. Bie suka.."ucap si suami dengan senyuman..( Malaikat mula mencatit pahala)
" Ermm banyak.. tapi bila balik tengok senyum mama..Hilang penat bie.." balas si suami lalu si isteri ditarik ke pelukkan.. tersenyum bahagia si isteri.. maka pastinya si suami juga bahagiakan... 
Buat si suami yang tahu menghargai.. Tidak perlu pun ucapan "terima kasih" tapi dari perlakuan pun boleh membuatkan si isteri terasa dirinya dihargai..
”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith)
Jadi pada si isteri2,bakal isteri2,dan pada diri sendiri juga.. Tetapkan salah satu impianmu untuk menjadi isteri terbaik dan solehah pada pasangan kita..
Dari kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a.

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. 
Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh 
junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah HADIAH ISTIMEWA dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Friday, October 29, 2010

Ingatlah Orang-Orang Tersayang...

Assalamualaikum... Sihat??
Alhamdulillah...

Bangun pagi-pagi sediakan breakfast tuk Mr. Hubby... Selalunya Mr. Hubby xde breakfast2 nie..Tapi disebabkan semput asma dah datang dan kena makan ubat..Kena la ambil breakfast.. Semoga Mr.Hubby cepat sembuh yer..

Sediy pagi nie.. Tengok berita pagi semua tentang kemalangan jalan raya.. Bus terbalik,kereta dirempuh,motosikal bergeser... Semuanya berakhir dengan berita kematian...
Bayangkan sebelum kita bertolak dari destinasi, kita call family.. Bagi tahu meka,kita dalam perjalanan.. Family yang dah rindu,lama tak jumpa excited tertunggu-tunggu dan  tiba-tiba kegembiraan itu diragut dengan satu panggilan telefon mengatakan kita kemalangan.. Luluh jiwa.. Hilang rasa nak bernafas.. Rasa dah xnak dengar bait-bait kata seterusnya...Macam mana??
Allah s.w.t yang  menentukan segalanya.. Sesungguhnya nyawa kita didunia ini hanya pinjaman seketika..
Tapi xteringin kah kita pergi sewaktu kita dalam ribaan orang yang kita sayang..

Kawan-kawan,teman-teman,kesayangan-kesayanganku... Sentiasa lah berwaspada,jaga diri,elert dengan persekitaran ketika di jalan raya.. Sediynye hati... Xsanggup nak menerima kehilangan..

"Ya Allah,Kau lah Tuhan yang maha besar..Tuhan yang maha mengetahui lagi maha mendengar.. Kau lindungilah diriku,Kau lindungi lah suamiku,Kau lindungilah keluarga dan sahaba2tku.. Jauhkan lah kami,keluarga kami dari musibah ini Ya Allah..Jangan lah Kau ambil nyawaku ketika aku kesorangan Ya Allah. Janganlah Kau menguji kami dengan ujian yang tak mampu dipikul oleh kami Ya Allah. Sesungguhnya hanya padamu tempat hamba2mu memohon...Ya Allah"

Pada muslimin dan muslimat..Pada saudara-saudara kita yang telah pergi mari sama2 kita hadiah kan pada mereka AL-FATIHAH


Untuk dikongsi bersama... 
Doa Menaiki kenderaan..
Doa Dijauhkan dari musibah:

Nabi saw menganjurkan agar doa tersebut dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang. Barangsiapa mengamalkannya, Nabi saw menjanjikan bahawa orang itu tidak akan terkena musibah yang datang secara tiba-tiba.


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ
فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksud :Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu yang ada di bumi atau yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
 
Pada semua,apa yang dapat kita kongsikan bersama diharapkan ia dapat memberi manfaat pada diri kita.. Sesungguhnya yang buruk itu adalah dari diri kita.. Dan yang baik itu dari Tuhan yang satu Allah. S.W.T...

Take care...

Wednesday, October 27, 2010

Hari nie dah berapa hari???

 Assalamualaikum semua..

Ehemmm untuk menjawab soalan diatas.. Jawapannya ialah 4Bulan 3minggu dan 2 hari..

Haaa pada hari ini la baru  Cp dapat Nkad... Korang xkawen lagi..Tahu ke ape tu N'kad??
Meh CP gi tahu yer.. N'kad nie ialah Kad nikah.. Tengok dah bape lama Cp nikah.. Baru hari nie dapat kad nikah. Kalau tidak nak jalan memana dengan Mr. Hubby kena la usung surat nikah..bukan main payah lagi..hehehe ngada je.. Orang dulu-dulu elok je kan..xda merungut pun..hehe
Kad mini camnie kan comel..kiut miut..lagi senang dibawa..Ilike... Neway.. Thank you so much yer pada Jabatan agama islam negeri perak dimana mereka lah yang kuarkan N'kad nie tuk Cp dan Hubby.. Kat negeri lain panggil kad nikah nie ape yer?? N'kad jugak ke?? Ada dengar la kan..Setiap negeri beza2..hurmm

Pada sesiapa yang teringain kad macam nie.. Cp xdapat la nak nolong dapatkan.. Kecuali korang gi nikah dulu yer.. Tamau tipu-tipu hal halal haram nie.. No good!!!!

Ini la kadnye pada yang xpenah tengok kan.. Ada cip yang dah ada data pemilik :)

Tuesday, October 26, 2010

The Script - The Man Who Can't Be Moved

Love This song soooooo much!!!

Ohhhh puteri baju hangus....

Ha..Petang-petang nie seronok pulak kalau becerita cerita-cerita lagenda nie kan.. Yelah.. Kat tv pun sekarang bukan main lagi lagendanya.. Ulek Mayang lah,Sang Kelembai lah.. Jadi petang nie Cp nak story sikit pasal si puteri baju hangus nie... Cerita nie Cp dengar dari mak mertua Cp. Cp tahu korang pun mesti ngah tepingga2 kan... Nak tanya nie.. Penah ke dengar citer nie?? hehehe xpenah??Laa yeke...

Hehehe sebenarnya Cp pun xda penah dengar citernye.. Tapi kalau benor le ada puteri bajunye hangus.. Sian betul.Hendak je  d'dermakan baju Cp..hehehe

Kebenaranya......
Puteri Baju Hangus nie hanyalah sejenis....jengjengjeng....

 *

*

*

*

*

*
Ini la Si Puteri Baju Hangus... Nmpk tak baju dia hangus...
 Haaaa... Jangan marah yer.. Cp xtahu la nape namanye camtu.. Tapi dari rupa kuih tue ada logiknye jugak la.. Kuihnye sedap dibagaikan sebagai puteri.. Daun pisang yang hangus tue pulak baju hangus.. Haaa bagus tul mak mertua Cp nie..hehehe

Ini lah menu petang nie.. Sedap kuih nie di makan waktu masih panas.. Tambah pulak di macthingkan dengan Teh Tarik Penang Cp buat..Fuhhhh...sedap....

Nak resepinye... Boleh... Mudah,Cepat dan sedap... :)

Bahan-Bahan:

1. Seikat Pisang masak ranum (Dibuang kulit dan dilenyek)
2. Tepung gandum
3. Garam (sikitttttt je)
4. Gula (xperlu banyak kalau pisang dah manis ok) 1sudu
Okey bahan-bahan diatas digaul sebati.. Jangan bagi tepung b'ketul2.. Adunan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.. Buat ala-ala tepung jemput2 okey...
6. Nyok (kelapa parut putih sahaja) digaul bersama garam secubit sebagai penambah rasa.
7. Daun pisang... Kalau tak xberbaju puteri kita.. hikhikhik
Next stepnye..
Ratakan sesenduk adunan pisang diatas dapun pisang dan kemudian ratakan sesudu campuran nyok putih diatas adunan pisang. Kemuadian lipat 2 daun pisang tadi...  Haaaa kan manis berbaju kan...hehehe
Cara nak masaknye adalah dengan cara membakar.. Gunakan non-stick pan dan biarkan sehingga daun pisang tue hangus2 sikit.. Balik2kan supaya kedua2 bahagian masak.. Bila dah masak potong2kan kpd bahagian yang lebih kecil..

Haa yang yang baru letak... Tak bape hangus lagi..

Yang ini dah masak tau.. Tepung dia akan naik dan menjadi padat dalam daun pisang tue..
Haaaa jangan la dibiar sampai hangus hitam.. Kang hangit pulak rasa dia.. Ada jugak yang panggil kuih ni Lempeng.. Tapi pada Cp,lempeng tue leper je.. mana ada nyok tengah2 dia.. Kuih nie langsung Xguna minyak pun.. Low Kolestrol tau, dan kuih nie gi sedap dari lempeng..Percayalah... :)

Cp dah kenyang dah.. Pada yang nak mencuba tue.. Sila2 k...
Cp wish Good Luck dan selamat mencuba..
Sampai update lagi... TC

Monday, October 25, 2010

Yey!!! Thank You..Love You...

Assalamualaikum... Sihat semua?? Alhamdulillah c.p nini pun sihat sangat.. Berat pun dah makin bertambah kot..hihi

C.P nini nak tanya sikit boleh tak?? Korang ada Facebook tak?? Dah berapa lama korang aktif? setahun? 2 tahun? Bertahun2? atau just baru guna..? Ada rasa bosan tak?? C.P nini dah bosan la.. Tak tahu nak buat ape bila online dan on je FB.. Nama je dah bergelar isteri tapi main game mengalahkan bebudak.. Game pe yang tak penah main.. Cafeworld, Farmville, Baking life, Cafe Live, aduhhh payah kalau nak sebut semua dekat sini..
hehehe Just and the best part ialah bila nak balas komen kawan2 pada status,picca2 dan video yang di publish...kalau tak dah lama akan ku tinggalkan FB..hihihi cakap je..Jangan caya.. haaaa kalau nak add C.P nini sila lah... Jangan Malu2 k.. :)

Ohhh sudah banyak sangat ye lalutnye.. Biasa la.. Kalau kita nak gayut dengan boifren ke galfren ke,tambah lagi kalau for the first time mesti lalut2dulu je lebihkan.Takkan straight declare..ye dak??hehehe dengan suara gagap2,ketaq lututnye..hish...terkenang lak.. : P tuttttt....

Hiiii jangan mare..terkandas gi.. Okey2 kali nie berbalik pada tajuk post yer... C.P ulang yer... Korang baca dengan gaya sekali bleh..hehe baru dapat mood.. YEY!!! THANK YOU!LOVE YOU! Ha jangan main2.. Kasi gaya mantap lagi.. Kata nak jadi plakon.. hehehe

Ok  back too story...Tadikan sorang uncle postman hon2 depan rumah..Pastu terus blah.. Dalam hati bebel2 la.Ape ke hey nye uncle postman nie tiap2 hari anta letter tak hon pun,hari nie hon2 plak.. hermmm pelik...
Mr.Hubby pesan.. Jangan kuar rumah..Kunci pintu..Orang datang kasi salam jawab dalam hati.. Jangan buat dah perangai orang datang banci rumah pun dibuatnye air..Lebiyyy ramahnye..Mahu dipukau,diculiknye bini comey dia nie macam mana....
hikhik Al-maklum C.P soang2 je dirumah.Semua gi keje..Tapi tak buat dah.. Takut.. Simpan je rasa baik hati tue..

Xbleh keluar.Ngendap kot tingkap pun jadi lah..Waaaaa...dengan renyeh yang agak keterlaluan,terus melompat nak kuar... Mr.Hubby, Mrs Isteri minta izin yer.. :)
Nak kuar pintu mana nie.. Pintu depan ke balakang?? Mana gi dekat? Ahh pintu depan lah.. Buka pintu je terus nampak sampul besar dekat tepi posbox..Hehehe xmuat nak disumbat dalam box pun.. Nak tahu pe C.P dapat.. nak tahu?? Janji jangan cakap camnie k.. "Ek eleee Benda nie pun nak show off ke???"

*

*

*
Janji belum???

*

*
Dah??

*

*

Okey-okey...

*
*

Taraaaaaa......


hehehe korang dah janji kan.. Jangan cakap C.P nak show off.. Hehehe sebenar nye saje nak gi korang gal2 disana jeles.. Tapi buat pe nak jeles.. C.P dapat hadiah free dari LIBRESSE.. Tak perlu kuar duit seposen pun.. CP suka mencuba yang baru..Tambah gi benda free sape xnak kan.. Jadi kalau nak jugak lawati je laman web LIBREESE ni. Dan cari link hadiah percuma.. Korang boleh jumpa Yuna ngan Queen Adibah menari yiba-yiba kat situ.. For boy2 out there tue... Xsalah nak jenguk2 web site nie jugak.. Idea C.P la kan kalau nak tunjuk sweet kan dengan galfrenkan.. Daftar kan je nama dia..Tup2 dia dapat hadiah.. Kan suprise..hikhik C.P suka suprise... :)

Jadi pe tunggu gi.. Gi la skang.. Gi cepat.. Dah habis dah membebelnya nie.. Sampai update lagi k... Take care... :)

Nak suruh add tapi xkasi email ye dak.. Hish... :) klik sini yer >>>  ladyninie_fahmiey

Monday, October 18, 2010

New Grand Opening...


Assalamualaikum... Selamat datang dan selamat ziarah kepada kengkawan yang sudi datang singgah ke blog baru nini nie yer..

Akhirnya ada jugak keluangan masa untuk buka newblog nie.. Blog lama zaman solo dulu dah xda lagi.Cerita lama usah dikenang.. Biar kenangan2 indah terus terpahat di dinding hatie..

Pembukaan blog baru nie salah satunye kerana nak memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan nini.. Status dah berubah,cara hidup pun dah berubah.. Kalau boleh nak berkongsi dengan  kawan-kawan semua cerita-cerita baru..resepi-resepi..pengalaman..gossip-gossip hangat(no Fitnah k)hehe dan macam-macam lagi lah.. Sume Boleh diblog nie.. Insya-Allah..


Semoga kawan-kawan suka dan xjemu-jemu berkunjung je blog ni k...

Salam Satu MALAYSIA ... :)